Ahad, 2 Jun 2013

Terima kasih sudi menjadi kawan saya

Selamat Berkenalan

Selamat berkenalan
Terima kasih terima saya menjadi kawan
saya gembira berkenalan dengan awak
biar jauh di mata
tapi dekat di hati

Rindu

malam ini saya tak kemana
hanya termenung di laman maya
saya merindui awak ...
kalau awak nak tahu
udara malam yang menyentuhi awak
walau tanpa suara
tapi dapat awak rasai
itu lah rindu saya membelai tubuh awak ...


1/6/2013

Sabtu, 1 Jun 2013

Pelangi Cinta

Usah jadi pelangi itu
datang dengan indah warna
tersenyum hati melihat
cinta berkilauan
manisnya harapan
sedang keinginan di buai syahdu
kau berlalu
tinggal aku dalam rindu ...

1/6/2013

Harapan

Andai aku bersamamu di puncak itu
aku ingin berada paling dekat dgn mu
biar bayu yg lembut bertiup
membelai tubuh kita
hanya menyangka
kita adalah satu
satu tubuh satu hati
dinihari itu
kita akan saksikan mentari terbit
bersinar indah dan terus bercahaya
begitulah moga-moga ikatan kasih kita ........

1/6/2013

salam kasih

Salam kasih buat mu
indahnya pertemuan kasih
walau ini di dunia maya
mungkin nanti kita bertemu di dunia nyata
moga-moga kasih menjadi lebih syahdu ...

Jumaat, 31 Mei 2013

apa khabar

apa khabar
harap awak sihat
saya mahu bagi tahu awak
saya sangat rindu pada awak

Rindu

Biar jauh di mata
tetapi dekat di hati
setiap waktu
saya rindu pada awak
saya cinta pada awak

Bertemu

Bertemu awak di dunia siber
menjadi rakan siber
saya sangat gembira
awak sungguh istimewa
wajah cantik dan baik hati
pasti saya ingat selamanya
saya sangat ingin bertemu awak di dunia realiti